Saturday, April 11, 2009

SEGALANYA TELAH SELESAI DAN BERJALAN DENGAN BAIK

Semuanya telah berjalan dengan selamat, Perhimpunan UMNO dengan pemilihan semua jawatan semuanya terungkai dan yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua , itu kata-kata UMNO bagi memujuk hati kita kembali. Namun tidak semua yang dapat menerima bait-bait ungkapan ini dengan ikhlas hati . Apa-apa pun kita terpaksa terima demi kebaikan dan perpaduan UMNO .

Pilihan raya telah selesai , kita gagal merampas kembali satu DUN dan satu kawasan Parlimen tetapi kita berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan negeri , Datuk seri Najib dan Tan seri Muhyiddin Yassin telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri dan juga Timbalan Perdana Menteri. Barisan Kabinet juga telah disusun dan yang digugur juga telah mengosongkan pejabat untuk diisi oleh penyandang yang baru. Kabinet lama ini hanya bertahan hanya setahun sahaja.

Syabas kepada yang telah digugurkan kerana menerima hakikat dengan hati yang terbuka dan syabas kepada yang tewas yang telah menerima kekalahan dengan hati terbuka, Ini membuktikan bahawa anda telah menerima demokrasi dalam UMNO dengan baik sekali. Setiap pertandingan pasti aa yang menang dan ada yang kalah. Itulah yang dikatakan pertandingan yang sihat apabila kita dapat menerima keputusan pertanndingan.

Khairy Jamaluddin yang tidak tersenarai dalam senarai kabinet kerajaan telah menerima dengan hati yang terbuka. Khairy kini digalaskan dengan satu amanah yang berat bagi mengembalikan kepercayaan generasi muda untuk berjinak-jinak dengan UMNO.Khairy juga mengucapkan Terima Kasih kepada Perdana Menteri kerana telah memberikan tempat kepada dua pemimpin Pemuda sebagai timbalan menteri. Datuk Razali di Kementerian Belia dan Sukan dan datuk Mukhriz di MITI.

Senarai Kabinet yang bermirip Kabinet rakyat ini aka di ukur dengan KPI yang akan dipantau terus oleh DS Najib dan sekiranya prestasi mereka didapati tidak memuaskan , mereka akan dipangil bagi merangkaikan kembali segala tugasan mereka, dengan adanya KPI ini , pemantauan kepada tugasan mereka dapat dipantau bagi memastikan mereka benar-benar menjalankan tugas dengan jayanya. Rakyat juga akan menilai KPI mereka ini bagi membuat keputusan kepada undian mereka pada pilihan raya yang ke 13 nanti.

Apa yang dapat kita rumuskan kali ini , DS Najib means business dan belau begitu serious untuk mengembalikan kegemilangan Kerajaan dan BN .Banyak perubahan yang telah dilakukan oleh DS Najib dalam masa seminggu ini dan rakyat mahu melihat perubahan drastik dan segera. Kita tunggu sama-sama dan berikan kerjasama kepada Datuk Seri Najib sepenuhnya untuk mengembalikan kegemilangan negara.