Tuesday, March 31, 2009

Khairy tolak dakwaan jejas peluang Barisan Nasional

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menolak dakwaan mengatakan kehadirannya ke Bukit Gantang akan menjejaskan peluang Barisan Nasional (BN) untuk menang di kawasan itu.

Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak berasas kata Khairy, tumpuan seharusnya diberikan terhadap isu-isu sebenar seperti soal mempertikaikan hak raja-raja dan perlembagaan negeri, bukan melakukan serangan peribadi.

''Saya rasa ada banyak lagi isu yang perlu dijelas dan diterangkan. Ini bukan soal saya seorang, saya harap kita dapat tumpu pada isu sebenar'' katanya kepada pemberita di Pusat Penamaan Calon kerusi Pilihan Raya Parlimen Bukit Gantang di Dewan Perbandaran Taiping di sini hari ini.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, Pemuda UMNO telah menggerakkan jentera bagi membantu kemenangan calon BN di kerusi tersebut.

''Kita sudah susun kempen yang tumpu kepada kesan segera terutama di kalangan generasi muda.

''Saya telah minta Pemuda elak apa-apa program atau kempen yang berbentuk konfrontasi, terlalu ghairah tetapi kita mahu mendekati golongan muda secara berkesan dan berhemah," katanya.

Sementara itu, Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, pergerakan itu akan menjalankan kerja-kerja kempen terutama di beberapa kawasan yang sebelum ini dikategorikan sebagai 'kelabu.'

''Kita telah mengenal pasti kawasan-kawasan ini dan kita harap dapat memberi penjelasan tentang isu-isu sebenar yang berlaku," kata beliau.

Dalam masa sama katanya, beliau telah mengarahkan semua Exco pergerakan itu 'turun padang' bagi membantu menguatkan kerja-kerja jentera parti.

Khairy Sedia Terima Teguran Demi Matlamat Pemuda



Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata beliau sedia menerima teguran semua peringkat kepimpinan UMNO agar matlamat pergerakan sayap di bawah kepimpinannya tidak tersasar dari landasan sebenar.

Katanya lagi teguran itu perlu terutama bagi membolehkan semua ahli Pemuda dapat bersatu hati dan mempertunjangkan matlamat demi agama, bangsa dan negara.

"Saya kerdil dan insaf untuk memimpin sayap. Banyak yang perlu dipelajari untuk menjayakan pergerakan Pemuda.

p>"Pemuda harus diberi pedoman, kalau tak kena tegur-tegur saya, perbetulkan saya supaya saya tidak tersungkur dan Pemuda tidak tersasar," katanya dalam ucapan penggulungannya sebagai Ketua Pemuda UMNO yang baru di Dewan Merdeka di sini, hari ini.

Pada masa yang sama beliau turut menyatakan pendekatan yang akan diambil bagi menarik sokongan golongan muda terhadap UMNO.

"Kita akan mengadakan dialog, perbincangan agama dan sukan untuk menarik sokongan anak-anak muda. Anak-anak muda ini akan kita dampingi sebagai rakan untuk memberi penjelasan kepada mereka dan menyusun langkah-langkah untuk melembutkan hati mereka," ujarnya.

Dalam ucapan penggulungannya juga beliau turut merayu kepada Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Mohd Khir Toyo supaya bersama membantunya merapatkan semula barisan pergerakan Pemuda.

"Khidmat dan tunjuk ajar Mukhriz dan Mohd Khir amat diperlukannya. Walaupun mungkin selepas ini kedua-dua mereka akan meninggalkan barisan Pemuda, saya merayu mereka membantu saya menggembalikan kekuatan Pemuda", ujarnya.

Saturday, March 28, 2009

[Video] KJ Dinobatkan Sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia

[Dikemaskinikan]

Perhimpunan Agung Umno - KJ KJ KJ KJ




KJ - Ketua Pemuda UMNO Malaysia




Ucapan Sulung Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda Umno Malaysia Part 1




Ucapan Sulung Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda Umno Malaysia Part 2







Ikrar Taat Setia…

Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin bersama Naibnya, Datuk Razali Ibrahim dan barisan Exco baru kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengangkat sumpah ikrar taat setia sebelum memulakan Mesyuaratnya yang pertama bagi Penggal 2009-2011. Barisan baru kepimpinan Pergerakan itu bertekad dan sebulat suara untuk mengenepikan politik pemilihan bagi menghadapi tiga Pilihan Raya Kecil iaitu Di Parlimen Bukit Gantang, DUN Bukit Selambau Dan DUN Batang Air yang diadakan serentak. Proses penamaan calon akan berlangsung ahad ini manakala 7 April depan hari pengundian.

Jangan korban asas perjuangan